Inisiatif

Peristiwa
24/7/20
Bantuan
Selangor

ADN Bukit Melawati, YB Juwairiya Zulkifli melawat anggota Keadilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mewakili pasukan Dato' Menteri Besar Selangor, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADN Bukit Melawati, YB Juwairiya Zulkifli atas lawatan dan bantuan kepada ahli keluarga angota Keadlian.

Semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

#SelangorMajuBersama

Dipetik dari FB YB Juwairiya Zulkifli:

ZIARAH KELUARGA ANGGOTA KEADILAN.

23 Julai 2020

Wakil Rakyat Adun Bukit Melawati YB Juwairiya Zulkifli bersama Wanita Keadilan Kuala Selangor menyantuni keluarga Puan Santhy A/P Sagathevan yang telah kehilangan suami.Suami beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di tempat kerja pada usia 38 tahun.Puan Santhy juga merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anak kecilnya yang masih bersekolah.

Selain itu , YB Juwairiya bertanya khabar keadaan Puan Krishnakumari A/P Krishnakumari yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan beliau patah tulang kaki dan sekaligus menyukarkan lagi pergerakkan harian beliau.

Disamping itu, YB Juwairiya dan juga wanita keadilan juga turut menziarahi pakcik Chandren A/L Vellasamy yang mengalami kecederaan teruk akibat jatuh ketika sedang bekerja sebagai tukang rumah .

Didoakan semuanya diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta sabar dengan dugaan Ini .

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.