Inisiatif

COVID-19
25/3/20
Selangor
Isu

3 kaedah menghubungi Lembaga Zakat Selangor Untuk Bantuan Sempena Perintah Kawalan Berkurung

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dari Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, kami ingin kami kongsikan cara-cara untuk mendapatkan bantuan Lembaga Zakat Selangor sempena Perintah Kawalan Berkurung yang bermula pada hari ini. Berikut adalah maklumat nya.

BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT SELANGOR TELAH DIBUKA

Permohonan Secara ONLINE Sahaja.

Khusus Untuk :

• Peniaga/Penjaja Kecil yang hilang income dan tak dapat berniaga ketika ini.
• Golongan B40 (pendapatan isirumah <RM4,300) yang terjejas akibat Covid-19. diberhentikan kerja, dapat gaji separuh dan dipaksa cuti tanpa gaji ketika #RMO ini.

Cara Mohon :

Pastikan anda ada Dokumen tersebut.

• IC
• Akaun Bank (dari ATM atau Internet Banking - nak masukkan duit)
• Bukti duduk Selangor (Bil Letrik, Air dll)
• Bukti Kelayakan (Slip gaji/surat berhenti kerja/resit sewa kedai dll)

Upload semua dokumen. Done!

Apply di sini : https://www.zakatselangor.com.my/bkc19/

Mohon sebarkan untuk bantu sahabat kita!

Jumlah Sumbangan Daripada Zakat Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.