Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021

Pengenalan
Badan Belanjawan Negeri Selangor 2021 berhasrat untuk melaksanakan proses penjenamaan bagi mencapai matlamat inisiatif tahunan ini dengan lebih dinamik melalui pertandingaan logo ini. Logo baharu ini akan menggambarkan objektif dan imej Belanjawan Selangor 2021 dan akan diguna pakai dalam kesemua percetakan dan dalam mana-mana acara, peraduan atau majlis rasmi Belanjawan Selangor 2021.
Pemenang
Setelah meneliti hampir 500 penyertaan untuk Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 , 3 finalis telah berjaya menghasilkan rekaan logo terbaik yang selari dengan objektif dan pencitraan Belanjawan Selangor 2021. Tahniah diucapkan kepada 3 finalis yang telah dipilih oleh panel hakim Pertandingan Logo Belanjawan 2021:
Tempat Pertama
1
Muhammad Ilmi bin Tajudin
Penyertaan (PDF)
Tempat Kedua
2
Husna Suraya binti Othman Ali
Penyertaan (PDF)
Panel
Adly Syairi Ramly
Dikenali oleh pengasas dan ketua Thinker Studios di bawah syarikat media Astro, Adly juga aktif dalam pengarkiban muzik tanahair melalui beberapa rancangan di YouTube seperti Korek Fizikal dan yang terbaharu, buku Psyche Oh! A Go-go dan kompilasi lagu-lagu dari zaman 60’an. Adly bakal meminjamkan kepakaran beliau sebagai pakar penjenamaan dalam menilai rekaan logo yang sesuai dengan Belanjawan Selangor 2021.
Bryan Chin
Bryan Chin merupakan seorang peneraju pergerakan ‘streetwear’ di Malaysia. Beliau adalah minda yang telah melahirkan platform masses.my dan juga acara Sneaker-lah, konvensyen tahunan kasut terbesar di Malaysia. Bryan telah terlibat dalam pelbagai projek penjenamaan dan pemasaran yang melibatkan jenama-jenama besar seperti Asics dan Puma.
Bryan bakal menghulurkan kepakaran beliau dalam menilai apa yang membuatkan sesebuah logo itu unik dalam pada masa yang sama mampu merumuskan kesemua nilai-nilai yang dibawa oleh Belanjawan Selangor 2021.
Engku Iman
Walaupun masih muda dalam perbandingan, seniwati muda ini telah mempamerkan karya-karya beliau di Switzerland dan Jepun. Engku Iman merupakan seorang artis visual yang diraikan di kalangan jaringan seni tempatan dan antarabangsa, membawa mesej-mesej tentang perihal wanita dalam masyarakat. Dengan pengamatan seni yang kontemporari namun cukup berpengalaman, Engku Iman bakal mencungkilkan naratif dalam rekaan sesebuah logo itu agar objektif Belanjawan Selangor 2021 juga dapat disampaikan melalui logo yang terplih.
Hadiah
Macbook Pro 13"
1
Ipad Pro 12.9"
2
iPad 10.2" (7 Gen)
3
SYARAT DAN TERMA PERADUAN
  • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
  • Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
  • Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Selangor. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hak cipta hasil kerja diberikan kepada Belanjawan Selangor 2021 dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada Belanjawan Selangor 2021 bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh Belanjawan Selangor 2021, Belanjawan Selangor 2021 akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang Belanjawan Selangor 2021.
  • Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:
    • Nama Penuh
    • Nombor kad pengenalan   
    • Nombor telefon
    • Alamat E-mel
    • Salinan kad pengenalan Malaysia
SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
  • Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
  • Belanjawan Selangor 2021 tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hak cipta. Dalam keadaan sedemikian, pihak Belanjawan Selangor 2021 mempunyai hak untuk menolak penyertaan serta-merta.
  • Setiap penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan format PDF. Saiz logo tersebut tidak melebihi 1500 pixel x 1500 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 10 MB.
  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
  • Logo seharusnya menggambarkan misi dan objektif Belanjawan Selangor 2021.
  • Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4) warna.
  • Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
CARA-CARA MENYERTAI
Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu untuk:
  • Layari laman Facebook kami dan tekan ‘like’ di https://www.facebook.com/amirudinbinshari/
  • Layari laman Instagram kami dan tekan ‘like’ di https://www.instagram.com/amirudin_shari
  • Layari laman Twitter kami dan tekan ‘follow’ di https://twitter.com/AmirudinShari
  • Muat naik logo di borang yang tersedia.
  • Mereka logo BELANJAWAN SELANGOR 2021 mengikut kreativiti masing-masing dan setiap rekaan mesti mengambarkan tonggak-tonggak utama Belanjawan Selangor 2021
  • Semua penyertaan akan dinilai dan dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo ketiga-tiga finalis ini akan diumumkan di laman media sosial Menteri Besar Selangor serta platform media berkaitan untuk dikongsi dengan orang ramai. Pemenang akan dihubungi oleh pihak Urus Setia Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021.
TEMPOH PERADUAN
  • Peraduan ini akan bermula pada 3 September 2020 (9.00 pagi) sehingga 25 September 2020 (6.00 petang)
  • Pihak  Urus Setia Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 berhak untuk mengubah tempoh peraduan mengikut kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web https://www.amirudinshari.com/selangor2021.                                                                              
METODOLOGI PENILAIAN
  • Penilaian akan fokus terhadap logo yang dapat menggambarkan Logo Belanjawan Selangor 2021 dengan sebaik mungkin.
  • Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima daripada peserta sebelum atau pada 25 September 2020.
PANEL PENILAI
  • Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  • Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD  oleh Panel Penilai.
  • Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana  peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  • Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu.        
  • Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Selangor.
HADIAH
  • Pemenang pertama akan menerima sebuah MacBook Pro 13”.
  • Pemenang kedua akan menerima sebuah iPad Pro.
  • Pemenang ketiga akan menerima sebuah iPad.
  • Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui melalui panggilan telefon dan e-mel.
  • Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.
SYARAT LAIN
  • Segala maklumat berkaitan dengan peraduan ini seperti perubahan tarikh, perkembangan terkini boleh didapati di laman web www.amirudinshari.com/selangor2021
  • Belanjawan Selangor 2021 mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa memberikan sebab dan peserta tidak dibenarkan untuk mendakwa Belanjawan Selangor 2021 di atas tindakan Belanjawan Selangor 2021.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk menanggung rugi Belanjawan Selangor 2021 terhadap sebarang tindakan yang dibawa terhadap Belanjawan Selangor 2021 atas alasan bahawa logo dan tema yang digunakan oleh Belanjawan Selangor 2021 yang telah dibekalkan oleh peserta telah melanggar hak cipta pihak ketiga.
  • Semua maklumat dan data peribadi mengenai peserta adalah terkawal di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Belanjawan Selangor 2021