Ziarah Keluarga Mendiang Jasee
Saya berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Jasee dan bertemu suami mendiang, Encik Rajagopal, serta anak dan cucu mendiang.
Pemergian Jasee dua minggu lalu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami. Mendiang seorang aktivis penggerak wanita yang aktif di Gombak, dan seorang insan yang sentiasa menyumbang kepada komuniti.
Kehilangan beliau amat dirasai, bukan sahaja oleh keluarga, malah oleh ramai yang pernah disentuh kebaikannya. Saya dan Diana mendoakan agar keluarga beliau diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.







No items found.



