Inisiatif

Peristiwa
27/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Ziarah Kasih Rumah Kedua Ke Kediaman Haji Fauzi di Hulu Kelang

Ziarah Kasih diteruskan dengan menziarahi kediaman Haji Fauzi, Pengerusi Surau Al Azim di Hulu Kelang. Dalam kunjungan ini, saya turut berkesempatan bertanya khabar bapa mentua beliau, Haji Hashim yang kini berusia 89 tahun, serta isteri beliau Hajah Habibah yang sedang uzur. Saya doakan semoga kedua duanya terus dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan.

Kami kemudian menziarahi Puan Rusidah di Taman Enggang, Hulu Kelang, yang telah menghidap penyakit buah pinggang sejak 18 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis secara berkala. Sebagai ibu tunggal yang kehilangan suami, beliau kini tinggal bersama anaknya dan memerlukan sokongan yang berterusan.

Insya-Allah, semoga setiap langkah Ziarah Kasih ini menguatkan lagi ikhtiar kita untuk terus menyantuni rakyat, meringankan beban mereka dan memastikan kebajikan sentiasa terpelihara.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.