Ziarah Kasih Puan Ir Enduk Sempo Tahir di Taman Keramat
Berkesinambungan dari aktiviti saya di Gombak semalam, saya meneruskan ziarah kasih ke rumah Puan Ir Enduk Sempo Tahir di Taman Keramat, seorang aktivis masyarakat serta sahabat lama saya.
Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk bertanya khabar beliau sekeluarga dan menziarahi suami beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan katarak. Semoga pertemuan ini terus mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah sesama kita.



No items found.



