Inisiatif

Peristiwa
29/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Ziarah Kasih Keluarga Allahyarham En Hassan Mohamad (Talib Urut)

Saya menerima khabar duka pemergian Allahyarham Hassan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Talib Urut, yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lalu. Allahyarham merupakan seorang tukang urut yang terkenal di kawasan Batu Caves. Beliau seorang yang mudah didekati, mesra dan sentiasa memberi sokongan sepanjang saya berkhidmat sebagai ADUN Sungai Tua, malah kami selalu berhubung dan bertanya khabar melalui WhatsApp.

Pemergian beliau amat dirasai. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan.

Al-Fatihah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.