Inisiatif

Peristiwa
26/12/25
Isu
Selangor
Negara
Gombak

Ziarah Kasih ke Rumah Puan Siti Sabariah di Taman Greenwood, Gombak

Ziarah terakhir hari ini di kediaman Puan Siti Sabariah, bekas petugas Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia.

Beliau sekeluarga kini berdepan ujian besar apabila anak sulungnya, Mohd Farhan, disahkan menghidap mild stroke, menyebabkan beliau tidak dapat bekerja seperti biasa dan perlu menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah.

Anak ketiga beliau, Siti Alyaa Athirah, pula sedang memasuki tahun keempat rawatan kanser di Hospital Kuala Lumpur, di samping perlu mengurus dua orang anak kecil.

Saya mencadangkan agar pihak keluarga membuat permohonan bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan bagi membantu meringankan kos keperluan harian anak-anak.

Semoga seluruh ahli keluarga ini dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian yang berat ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.