Ziarah Kasih ke Kampung Karamunting, Sandakan.
Alhamdulillah, hari kedua di Sandakan, saya berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah penduduk di Kampung Karamunting bagi menyantuni mereka yang memerlukan perhatian dan sokongan.
Kunjungan ini turut disertai Datuk Chew Kok Woh serta Ketua Cabang Batu Sapi, Saudara Aris Remigius, dua pemimpin tempatan yang komited memperjuangkan kebajikan masyarakat di kawasan ini.
Di setiap pertemuan, saya melihat sendiri ketabahan dan semangat warga setempat yang tidak pernah hilang walau berdepan pelbagai cabaran hidup. Insya-Allah, dengan sokongan dan usaha berterusan, kita akan terus memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada perhatian.
Semoga sumbangan bakul makanan yang disampaikan hari ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan membawa sinar harapan kepada keluarga yang memerlukan.




















