Inisiatif

Polisi
23/10/20
Selangor
Bantuan

Zakat Perniagaan Menjaga Kebajikan Ummah

Alhamdulillah pada hujung September 2020, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah berjaya mengutip zakat perniagaan sebanyak RM3.45 juta daripada 31 syarikat korporat. Sedikit sebanyak, jumlah akan dapat digunakan untuk kebajikan warga Muslim di Selangor.

Krisis COVID-19 menyebabkan jumlah asnaf meningkat daripada 68,000 kepada 72,000 keluarga yang kebanyakannya ialah ketua keluarga diberhentikan kerja. Syarikat pembayar juga tidak mampu mengeluarkan zakat yang banyak selepas pendapatan mereka berkurangan.

Walaupun jumlah kutipan zakat dilihat masih jauh daripada sasaran kerana situasi ekonomi semasa yang tidak menentu, LZS dilihat sedaya upaya membantu golongan asnaf dengan sebaik mungkin. Bagi peniaga Muslim, anda boleh lawati www.zakatselangor.com.my untuk membayar zakat perniagaan demi membantu para asnaf di Selangor.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.