Inisiatif

Peristiwa
7/5/21
Isu
Selangor

World Quran Hour

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang penuh keberkatan, bulan di mana diturunkan Al Quran sebagai panduan dan cahaya kehidupan kita. Alhamdulillah, saya bersama isteri dan anak-anak mengambil keberkatan dan kesempatan di 10 hari akhir Ramadan untuk membaca Surah Al-Mulk bersempena World Quran Hour.

Surah Al Mulk yang mengisahkan mengenai kebesaran dan keagungan Kerajaan Allah SWT Yang Maha Berkat mempunyai banyak makna yang boleh menjadi pedoman buat kita semua. Marilah bersama-sama kita lipatgandakan amalan di hari-hari akhir Ramadan ini terutama bagi mengejar ganjaran Lailatulqadar.

#Ramadan

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.