Video penjelasan saya setelah penemuan siasatan awal
Video penjelasan saya setelah penemuan siasatan awal oleh Ketua Polis Selangor semalam terutama berkenaan isu jengkaut ataupun excavator.
Penjelasan ini bukan sekadar membetulkan persepsi, tapi menegaskan komitmen kita bahawa siasatan berkenaan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights akan dijalankan secara telus, berdasarkan bukti, tanpa berat sebelah dan tanpa perlindungan kepada mana-mana pihak.
Pada hari pertama kejadian, saya tidak menafikan wujudnya excavator di lokasi kejadian, sebaliknya saya nyatakan apa yang dimaklumkan oleh Ketua Polis sendiri. Sebarang tuduhan liar hanya akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan. Saya tidak mahu mendahului siasatan.
Namun penjelasan saya pada hari pertama itu telah diambil secara luar konteks dan diputar belit oleh beberapa pihak yang mempunyai niat jahat dan tidak bertanggungjawab. Ini amat dikesalkan.
Arahan saya jelas: cari punca sebenar, kenal pasti mereka yang bertanggungjawab, dan pastikan keadilan ditegakkan.