Suara

Video
26/6/20
Bantuan
Isu
Selangor

Video Jelajah Silaturahim di parlimen Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ikuti video Jelajah Silaturahim Parlimen Ampang antaranya ke lokasi Dewan Komuniti MPAJ Kg. Ampang Indah, Dewan Komuniti MPAJ Tasik Tambahan dan Dewan Orang Ramai Sri Ampang pada 21 Jun lepas.

Jelajah ini diisi dengan Program Penerangan Anti Dadah oleh PEMADAM Selangor di Dewan Komuniti MPAJ Kg. Indah bagi membincangkan usaha serta strategi dalam memerangi penyalahgunaan dadah di kawasan Ampang.

Selain itu saya turut berpeluang bertemu dan berbincang dengan pimpinan KEADILAN Cabang Ampang bagi memberi penerangan mengenai dasar dan program Kerajaan Negeri Selangor serta memberi penjelasan tentang situasi semasa politik di Selangor.

Rata-rata anggota dan masyarakat yang hadir kekal setia dengan prinsip perjuangan KEADILAN selaku wadah parti berbilang kaum yang mengangkat agenda reformasi sebagai matlamat asas.

Terima kasih buat warga Ampang yang hadir dan memberi makluman mengenai isu-isu yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin para pemimpin masyarakat di kawasan ini akan terus memainkan peranan penting melaksanakan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

REFORMASI!

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.