Inisiatif

Peristiwa
28/6/20
Isu
Selangor

Video Jelajah Silaturahim di Parlimen Ampang Episod Kedua

Ikuti episod kedua Jelajah Silaturahim Parlimen Ampang pada 21 Jun lalu.

Saya berpeluang bertemu warga Ampang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membincangkan isu-isu pentadbiran seperti peranan wanita dalam pentadbiran, penglibatan anak muda dalam kepimpinan parti dan negeri, serta isu setempat yang membelenggu masyarakat.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan dekat di hati rakyat, jelajah ini memberi ruang buat saya menyantuni dan mendengar sendiri denyut nadi serta keluh kesah rakyat di Negeri Selangor.

Prinsip-prinsip perjuangan dan agenda reformasi institusi yang kami pegang selama ini telah menjadi kunci keteguhan pentadbiran Pakatan Harapan dan akan terus saya junjung bersama barisan kepimpinan pentadbiran. Usah bazirkan masa kita dengan sengketa dan adu domba, perkara utama adalah menjunjung amanah dan mandat yang telah diberikan rakyat

Terima kasih warga Ampang yang sudi hadir dan berbincang isu-isu demi kesejahteraan parlimen Ampang dan negeri Selangor. Kita kekalkan kesejahteraan ini dan pertahankan semangat Negeri Selangor yang sentosa dan berbudaya.

REFORMASI !

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.