Media

Peristiwa
11/11/22
Selangor
Negara

Utusan Malaysia: MB bukan penjawat awam, bebas bertanding – Amirudin

GOMBAK: Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, jawatan Menteri Besar Selangor yang dipegang ketika ini adalah sebagai anggota pentadbiran bukan penjawat awam yang perlu meletakkan jawatan jika bertanding dalam pilihan raya.

Advertisement

Ujar calon Parlimen Gombak itu, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan nasihat perundangan daripada seorang peguam berhubung isu tersebut.

“Ada sebaran jahat yang dikeluarkan beberapa pihak yang mempertikaikan keabsahan saya sebagai calon sama ada kedudukan Menteri Besar dianggap sebagai penjawat awam.

“Saya menghubungi bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof Mohd. Yusof dan mendapat penjelasan bahawa Menteri Besar adalah anggota pentadbiran, bukan penjawat awam.

“Malah saya merujuk hal ini kepada penasihat undang-undang Selangor, William Yeong selaku yang memahami selok belok undang-undang yang menggariskan perkara sama berdasarkan beberapa rujukan kes sebelum ini,”  kata Pengerusi PH Selangor itu ketika ditemui dalam majlis pengumuman Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad 5 Tahun di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kenyataan berniat menjatuhkan kredibilitinya itu dibuat mereka yang agak naif dan tidak peduli kepada Perlembagaan Persekutuan serta peraturan yang digariskan.

“Jadi tentang kedudukan saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun itu sengaja dipropagandakan.

“Isu ini dijawab hari ini. Isu ini juga ditularkan menerusi platform Whatsaap bagi mereka yang rasa nak menang percuma. Tiada nak menang percuma, berlawanlah dulu. Jangn guna cara macam itu, tak elok,” katanya. – UTUSAN

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.