Inisiatif

Peristiwa
8/3/26
Isu
Selangor
Negara

Upacara Pengibaran Bendera Negeri Selangor Di Dataran Selangor

Mengiringi keberangkatan DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor ke Majlis Mengibarkan Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor, Shah Alam. Pagi ini, 8 Mac 2026, satu detik bersejarah yang menandakan bermulanya lembaran baharu bagi mercu tanda negeri ini.

Pembinaan Tiang Bendera Dataran Selangor, atau The Selangor Square, merupakan cetusan ilham dan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menzahirkan hasrat agar sebuah tiang bendera yang ikonik dan bersejarah dibina sebagai mercu tanda di Bandar Raya Shah Alam. Tiang bendera setinggi 120 meter ini bukan sekadar sebuah struktur fizikal, tetapi lambang kebanggaan, kedaulatan dan perpaduan rakyat Negeri Selangor.

Semoga Dataran Selangor menjadi ruang awam yang bermakna, menjadi tumpuan rakyat, dan terus menjadi simbol kebanggaan Selangor untuk generasi yang akan datang.

Merah Kuning Lambang Gemilang,

Bendera negeri berkibar megah,

Dataran Selangor kemas terbentang,

Mercu Selangor terpacak gagah

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.