Suara

COVID-19
27/1/21
Isu
Selangor

Ulasan Kes COVID-19 di Selangor

Kes COVID-19 tinggi di Selangor hampir setiap hari. Apakah tindakan Kerajaan Negeri? Ikuti ulasan saya.

Kerajaan Negeri telah mengambil banyak langkah proaktif - kebajikan, kesihatan, pendidikan, ekonomi -bagi memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terpelihara.

1. Melaksanakan Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.877 juta untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor terpelihara bagi mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua. (https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/3618807188211194)

2. Sekiranya telah disahkan dijangkiti COVID-19 tetapi belum dihubungi Kementerian Kesihatan Malaysia, COVID-19 Assessment Centre (CAC) boleh dihubungi bagi seluruh Selangor. (https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/3632128410212405)

3. Menyalurkan bantuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS, Serdang melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pengurusan serta pengendalian pusat kuarantin dan rawatan. (https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/3613959905362589)

4. Melengkapkan persediaan para pelajar Selangor menghadapi peperiksaan SPM dan STPM menerusi portal pendidikan Program Tuisyen Rakyat Selangor (ePTRS) ketika musim wabak. (https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/3626798187412094)

Perang melawan COVID-19 ini memerlukan kerjasama dan usaha semua pihak. Ayuh, kita mesti menang.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.