Ucaptama Simposium Antarabangsa Komunikasi Warisan
Alhamdulillah, pagi ini saya dijemput ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyampaikan Ucaptama Simposium Antarabangsa Komunikasi Warisan bertemakan “Khazanah Warisan Cerminan Peradaban” anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Simposium yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan para ilmuwan dan sarjana tempatan serta antarabangsa dalam membincangkan makna warisan sebagai khazanah ilmu dan nadi pembinaan bangsa termasuk pembentangan oleh tokoh-tokoh seperti Prof. Dr. Zaid Ahmad, Dato’ Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, Dato’ Shamsuddin Mahayidin dan lain-lain.
Dalam ucapan, saya menekankan bahawa warisan bukan sekadar tinggalan masa silam, tetapi akar yang meneguhkan kemajuan. Seperti pandangan Za’ba dan Sutan Takdir Alisjahbana, kemajuan hanya bermakna apabila berpaksikan akal, budi, dan nilai peradaban.
Saya turut berkesempatan melihat tapak Rumah Selangor yang bakal menjadi salah satu warisan negeri ini. Saya turut melawat ke Muzium Warisan Melayu melihat sendiri warisan yang dipelihara seperti manuskrip tulisan tangan ayat-ayat al-Quran, tulisan tentang ilmu pelayaran yang digunakan oleh pelaut Melayu awal, dokumen perubatan, formula matematik serta manuskrip berkaitan senjata dan pembuatan bilah logam. Turut dipamerkan senjata Melayu, perhiasan, kain tenunan yang jarang ditemui termasuk limar dan cindai.
Alhamdulillah, warisan ini terus terpelihara dan inilah pendekatan yang turut menjadi asas dalam pembangunan Selangor membangun dengan akar, melangkah dengan adab.
bertemakan “Khazanah Warisan Cerminan Peradaban” anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).