Inisiatif

Peristiwa
25/6/26
Isu
Selangor
Negara

Topping Out Ceremony of Chery Smart Auto Industrial Park

Satu lagi detik penting dalam pembangunan industri automotif berteknologi tinggi di Negeri Selangor terlakar hari ini menerusi Majlis Topping Out Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Hulu Selangor.

Dibangunkan di atas kawasan seluas 80.9 hektar dengan nilai pelaburan melebihi RM2.2 bilion, taman perindustrian automotif pintar ini dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan operasi Chery di Malaysia dan rantau ASEAN. Pada fasa pertama sahaja, projek ini bakal mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Pelaburan ini turut membuka lembaran baharu buat Lembah Beringin. Dengan pembangunan industri automotif yang disokong oleh ekosistem rel dan aeroangkasa sedia ada di Hulu Selangor, kawasan ini berada pada landasan yang kukuh untuk berkembang sebagai Lembah Automotif Selangor dan hab mobiliti masa hadapan di peringkat serantau.

Ketika lawatan kerja saya ke China tahun lalu bersama YB Ng Sze Han dan Invest Selangor, kami berpeluang mengunjungi Chery Industrial Park di Wuhu, Wilayah Anhui. Lawatan tersebut memberi gambaran jelas bagaimana Chery membangunkan sebuah ekosistem automotif berteraskan inovasi, automasi dan teknologi pintar sehingga muncul sebagai antara pengeluar automotif terbesar dunia. Pengalaman itu mengukuhkan keyakinan saya bahawa pelaburan Chery di Selangor mampu mempercepat pembangunan industri automotif tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada syarikat dan tenaga kerja tempatan.

Kerajaan Negeri akan terus menyediakan infrastruktur yang kondusif, membangunkan bakat serta memperkukuh ekosistem pelaburan bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pilihan pelabur berteknologi tinggi dan hab pembuatan bernilai tinggi di rantau ini.

Terima kasih kepada Chery Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada Negeri Selangor. Semoga kerjasama strategik ini terus memacu inovasi, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Selamat datang ke Selangor.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.