Suara

Terkini
19/10/20
Selangor
Isu
Air

Tinjauan kerja pemuliharaan air Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2

Saya kini di Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini. Kadar pencemaran kini mencatat bacaan 1 TON. Bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 TON. Usaha pemulihan pencemaran sedang giat dilaksanakan.

Mengikut trend perkembangan bacaan semasa, pencemaran dijangka akan pulih pada petang ini. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat selepas itu. Laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran. Siasatan sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, 81 lori tangki air, 34 tangki statik dan 17 Pusat Khidmat Setempat telah digerakkan oleh Air Selangor untuk kegunaan para pengguna yang terlibat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.