Inisiatif

Terkini
30/5/20
Isu
Selangor

Tinjauan Kawasan Tanah Runtuh di Taman Kelab Ukay, Hulu Klang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Meninjau kawasan tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Hulu Klang. Sebanyak 7 unit rumah telah menerima kesan akibat kejadian ini. Kerajaan Negeri bersetuju membiayai penginapan selama seminggu kepada semua mangsa yang terlibat di Hotel De Palma dan akan memulakan kerja membaiki cerun bukit tersebut secepat mungkin.

Kerajaan Negeri Selangor turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas peruntukan RM 2 juta yang diumumkan oleh Menteri YB Zuraida Kamaruddin bagi membina tembok penahan (retaining wall) di kawasan tersebut.

Tembok penahan ini diharapkan akan berjaya membendung kejadian tanah runtuh ini daripada berulang semula. Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan oleh MPAJ Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.