Suara

Terkini
7/9/20
Isu
Air
Selangor

Terima Kasih Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atas bantuan untuk Rakyat Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas bantuan untuk rakyat Selangor.

Dipetik dari FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan:

[ADMIN]

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) semalam telah menghantar pemandu beserta sebuah lori tangki berkapasiti 2000 gelen ke Selangor bagi membantu Air Selangor (AiS) akibat henti tugas empat buah Loji Rawatan Air berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan mereka.

Oleh yang demikian, selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator dengan kerjasama daripada pihak SPAN memohon bantuan lori tangki daripada rakan-rakan operator air di Malaysia bagi membantu pengguna di Selangor yang terkesan akibat gangguan bekalan air ini.

Semoga sedikit bantuan SAINS dalam membantu Air Selangor ini mampu meringankan kesulitan
yang sedang dihadapi mereka.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.