Inisiatif

COVID-19
8/5/20
Isu
Selangor
Bantuan

Terima Kasih Majlis Agama Islam Selangor Atas Sumbangan Ke 6 Rumah Pemulihan al-Raqib

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dan mewakili Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana menyumbangkan 210 set makanan kering kepada enam rumah pemulihan al-Riqab sekitar Klang dan Petaling pada 6 Mei lalu.

Rumah-rumah terlibat ialah Rumah Hidayah Insani, Pertubuhan Usrah Fitrah, Rumah Puteri Arafiah, Darul Wardah, Rumah Penjagaan Damai dan Darul Ukhuwah.

Sumbangan menerusi peruntukan asnaf riqab Lembaga Zakat Selangor bernilai RM12,600 bertujuan meringankan beban penghuni semua rumah berkenaan terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Buat makluman, MAIS akan meneruskan agihan sumbangan ke semua rumah pemulihan al-Riqab di daerah lain di negeri ini pada bulan ini.

Moga ikhtiar MAIS dan sukarelawan diberkati-Nya.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.