Inisiatif

Peristiwa
27/11/25
Isu
Selangor
Negara

Temurapat YAB PMX bersama Pimpinan Masyarakat Tuaran

Pagi ini saya hadir ke Temurapat YAB Perdana Menteri bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan & Sahabat Usahawan Tuaran yang berlangsung di Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Sulaman. Sambutan masyarakat cukup meriah, membuktikan kemesraan rakyat Tuaran dengan YAB PMX.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang dalam ucapannya mengingatkan bahawa pemberian khas RM 600 juta kepada negeri Sabah adalah jumlah tertinggi yang pernah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap nasib dan kebajikan rakyat serta Negeri Sabah.

Tahun ini sahaja, YAB Perdana Menteri telah datang ke Tuaran sebanyak dua kali menunjukkan betapa dekatnya Sabah di hati beliau.

Sabtu ini, ayuh rakyat Sabah, pilih calon yang berwibawa untuk memastikan suara Sabah terus kuat, dihormati dan dibela di peringkat Persekutuan.

#HarapanUrangSabah

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.