Suara

Ekonomi
2/7/20
Selangor
Isu

Tanaman Berpenghasilan Tinggi Jadi Sumber Pendapatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum kehadiran wabak COVID-19, Kerajaan Negeri telah memfokuskan untuk membuka lebih banyak kawasan pertanian berteraskan konsep Tanaman Berpenghasilan Tinggi ataupun ‘high value crop’ dalam Belanjawan Selangor 2020 melalui peruntukan RM23.59 juta bagi sektor pertanian.

Konsep ini mengoptimumkan kawasan kecil bagi penghasilan yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden dan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri selaras dengan trend pertanian yang fokus ke arah Revolusi Pertanian 4.0.

Penekanan kepada aplikasi inovasi, teknologi pertanian seperti penggunaan peralatan berteknologi tinggi, sensori, robotik, GPS dan teknologi maklumat (IT) akan digalakkan bagi memastikan bekalan makanan di Selangor berada pada tahap selamat dan meningkatkan pendapatan agropreneur pada masa sama.

Demi kesinambungan momentum rancangan Belanjawan Selangor 2020, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa insentif tambahan bagi menyerap tekanan ekonomi yang dihadapi industri pertanian ketika COVID-19.

1. Peruntukan RM500,000 Bantuan Makanan Asas kepada agropreneur berpendapatan (pendapatan bersih RM1,500 ke bawah).

2. RM1.5 juta kepada petani, penternak, nelayan dan IAT untuk wang perbelanjaan RM1,000 bagi setiap agropreneur, input pertanian pertanian dan benih, makanan kepada ternakan dan benih ikan, peralatan menangkap ikan seperti jaring bagi nelayan, bahan mentah untuk pemerosesan produk dan peralatan.

3. Melaksanakan e-pasar dengan 9 lokasi Selangor Agromarket dan 1 pasar borong Selangor.

#SelangorGempurCOVID19
#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.