Taklimat Rang Undang-Undang & Mesyuarat Pre-Council Belanjawan Negeri Selangor 2026
Petang ini telah berlangsung Taklimat Rang Undang-Undang serta Mesyuarat Pre-Council sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor 2025.
Taklimat ini turut dihadiri EXCO, Speaker dan Timbalan Speaker, para ADN serta ketua-ketua jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai persediaan akhir sebelum pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat ini.
Insya-Allah, Belanjawan Selangor 2026 dirangka dengan komitmen untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi dan kemajuan negeri bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir. Kerajaan Negeri kekal berpegang kepada prinsip amanah, tanggungjawab dan proses semak imbang di Dewan Negeri Selangor.






No items found.



