Inisiatif

Peristiwa
5/8/26
Isu
Selangor
Negara

Taklimat Penarafan AAA Negeri Selangor oleh MARC Ratings serta Prospek Ekonomi dan Kredit Sub-Sovereign Negeri Selangor

Meneliti Taklimat Penarafan Kewangan oleh MARC Ratings yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Arshad Mohamed Ismail.

MARC Ratings merupakan agensi penarafan kredit bebas yang menilai kekuatan kewangan serta keupayaan sesebuah kerajaan atau organisasi memenuhi komitmen kewangannya. Taklimat ini memberi gambaran menyeluruh mengenai prospek ekonomi serta penarafan kredit sub-sovereign Negeri Selangor.

Alhamdulillah, Selangor sekali lagi mengekalkan penarafan AAA dengan tinjauan stabil, iaitu penarafan kredit tertinggi yang mencerminkan kekuatan asas ekonomi negeri, pengurusan fiskal yang berhemah, paras hutang yang rendah serta kedudukan rizab kewangan yang kukuh.

Dengan nilai ekonomi mencecah RM460.1 bilion dan menyumbang 26.5% kepada KDNK negara, Selangor akan terus memperkukuh daya saing, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti serta memacu pembangunan yang mampan demi kesejahteraan rakyat.

Pengiktirafan ini adalah hasil usaha bersama seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri, penjawat awam, pihak swasta serta semua pihak yang sentiasa komited memastikan Selangor kekal sebagai peneraju ekonomi negara.

Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh tadbir urus, mengurus kewangan negeri secara berhemat dan memacu pertumbuhan yang inklusif agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.