Media

COVID-19
13/9/20
Isu
Selangor
STFC19

Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 13 September 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut disampaikan laporan dari STFC mengenai taburan COVID-19 mengikut mukim di Selangor bertarikh 13 September 2020.

⏸Tiada perubahan warna zon

Bilangan kes aktif: 40 hari berturut-turut di bawah 5.

Jangkitan COVID-19 masih terkawal di Selangor.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan waktu operasi bagi premis perniagaan dilanjutkan sehingga jam 2:00 pagi. Selaras dengan ketetapan tersebut, Kerajaan Negeri turut membenarkan restoran dan kedai serbaneka untuk beroperasi sehingga 2:00 pagi bagi tujuan pemulihan ekonomi.

Namun kebenaran beroperasi ini tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MKN dan juga penjagaan penjarakan fizikal di kalangan pengunjung.

Amalkan:
✅Penjarakan fizikal
✅Pakai face mask
✅Basuh tangan secara kerap

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCOVID19
‪#STFC‬

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.