Inisiatif

COVID-19
11/5/20
Isu
Selangor

Sungai Tua Tetap Dekat Dihati Saya

Sungai Tua sentiasa dekat di hati saya. Jumaat lalu, saya berkesempatan melawat Kampung Orang Asal Ulu Batu di kawasan Sungai Tua.

Tahun-tahun sebelum ini, rezeki saya dapat selalu berbuka dengan komuniti-komuniti di kawasan saya. Namun disebabkan ancaman wabak COVID-19 pada tahun ini, saya gantikan dengan sumbangan makanan untuk masyarakat di sini sambil mendengar perkembangan kehidupan mereka dalam suasana wabak COVID-19 ini.


Pusat Khidmat DUN Sungai Tua turut menyediakan sumbangan berbuka puasa setiap hari bagi golongan yang memerlukan. Alhamdulillah sepanjang PKP, sebanyak RM 220,580 nilai sumbangan telah diserahkan kepada penduduk Sungai Tua dalam bentuk sumbangan barangan asas, barangan basah, sumbangan makanan untuk frontliners serta agihan topeng muka serta pencuci tangan.

Semoga dapat kita semua tabah mengharungi Ramadan ini dengan penuh sabar dan redha.

#SelangorGempurCOVID19
#BiruMudaSungaiTua

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.