Media

COVID-19
29/10/20
Isu
Selangor
Bantuan

Sumbangan Kenderaan Untuk PDRM Mengawasi Sempadan Negara dari PATI

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dalam mengawal perebakan wabak Covid-19.

Untuk itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor telah dibekalkan dengan 18 basikal elektrik dan 8 jetski bagi tujuan pemantauan sekitar persisir pantai Selangor dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan akan mula digunakan pada 1 November 2020 dengan kos RM 1.15 juta.

Kerajaan Negeri turut membekalkan beberapa peralatan penjagaan kesihatan seperti 100 unit PPE, 500 unit perisau muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun, dan lain-lain kelengkapan kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pandemik di penjara-penjara sedia ada.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu usaha Majlis Keselematan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terbela.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.