Inisiatif

COVID-19
26/3/20
Isu
Selangor

Sumbangan Kasih Kepada Golongan Berpendapatan Rendah oleh ADN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ADN Subang Jaya, Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze atas sumbangan kasih beliau kepada golongan berpendapatan rendah yang kini tidak dapat berniaga / hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak memberikan seyuman dan penghargaan buat mereka yang memerlukan di saat genting ini.

#SelangorGempurCovid19

Berikut dipetik dari laman FB Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze:

25 Mac 2020.

Pejabat ADUN Subang Jaya telah menyalurkan 179 set barang runcit kepada golongan berpendapatan rendah yang kini tidak dapat berniaga / hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Antara mereka terdiri daripada peniaga kuih-muih, pemandu teksi dan lain-lain. Ribuan terima kasih kepada ketua-ketua komuniti, VPU, Mydin dan staf saya yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan usaha ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.