Inisiatif

Peristiwa
7/4/25
Isu
Selangor
Negara
Putra Heights

Sumbangan awal wang tunai oleh Kerajaan Persekutuan dan Petronas

Petang ini saya turun untuk memantau proses penyerahan sumbangan awal wang tunai oleh Kerajaan Persekutuan dan Petronas kepada 219 keluarga mangsa kebakaran paip gas Putra Heights.

Sejumlah RM10,000 disampaikan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, RM5,000 sumbangan Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 lagi dari pihak Petronas. Untuk rumah separa musnah dan penyewa menerima RM5,000, juga daripada Kerajaan Persekutuan dan Petronas.

Alhamdulillah, rata-rata yang ditemui melahirkan rasa syukur atas sumbangan awal ini. Pihak Kerajaan Negeri juga akan memberi bantuan sewa sebanyak RM2,000 sebulan selama tempoh 6 bulan kepada keluarga-keluarga terjejas.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan berusaha lebih kuat untuk memastikan kebajikan mangsa insiden ini terbela.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.