Media

COVID-19
16/7/20
Isu
Negara

Status COVID-19 Dunia Mengikut Negara bertarikh 16 Julai 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statistik jangkitan dan kematian akibat COVID-19 mengikut negara oleh KKM setakat 16 Julai 2020.

Jumlah kes dunia hari ini adalah 13.7 juta dan peningkatan kes harian ketara di negara Amerika Syarikat dengan jumlah kes harian 71 ribu kes dan negara India dengan jumlah kes harian 34 ribu kes.

Peningkatan jumlah kes negara India yang menghampiri ke 1 juta, berkemungkinan untuk Kerajaan India melaksanakan perintah berkurung yang baru di kawasan pantai barat popular di negeri Goa yang baru sahaja dibuka semula dua minggu lepas selepas kawasan tersebut telah menjalani perintah berkurung.

Kesembuhan kes dunia pada hari ini telah mencapai 58% namun jumlah negara dan wilayah yang mempunyai kadar kes kesembuhan melebihi 90% telah turun menjadi 53 negara dan wilayah berbanding semalam 54. Kadar kesembuhan bagi negara Malaysia 97.72% dan berada di kedudukan ke-16.

Teruskan mengamalkan langkah pencegahan dan elakkan dari berkumpul di tempat khayalak ramai dan sesak.

#SelangorGempurCOVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.