Media

COVID-19
22/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik Kes Covid-19 di Kawasan Zon Merah dan Mukim Selangor vertarikh 22 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin kongsikan laporan dari STFC mengenai statistik Covid-19 di mukim-mukim Selangor.

Mukim Beranang telah bebas daripada kes aktif COVID-19 yang menjadikannya Zon Hijau hari ini. Setelah 3 hari bertahan bebas daripada daerah Zon Merah, daerah Hulu Langat kembali semula ke Zon Merah pada hari ini.

Warga Selangor sangat dilarang keras merentas negeri untuk pulang beraya. Jika terjadi jangkitan baru atau 'outbreak' disebabkan kluster raya, kita terpaksa 'berkurung' sepertimana kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tindakan anda bakal menyebabkan ekonomi negara tergendala dan lebih ramai orang akan hidup menderita. Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada puncanya?

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19‬
‪#STFC‬

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.