Media

COVID-19
26/10/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik COVID-19 di Selangor bertarikh 26 Oktober 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statistik COVID-19 Selangor bertarikh Isnin, 26 Oktober 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

177 kes baru dilaporkan bagi Selangor pada hari ini dan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 4,145.

176 kes diklasifikasikan sebagai jangkitan tempatan.

Malaysia pula mencatatkan 1240 kes baru dengan 1238 jangkitan tempatan. Kali kedua mencecah 4 angka, ini merupakan rekod kes baru harian tertinggi yang pernah dicatatkan.

Sebanyak 7 kematian dicatatkan bagi seluruh Malaysia. Takziah dan semoga seluruh keluarga mangsa tabah.

Bagi kes sembuh, 691 kes direkodkan dan jumlah keseluruhan kes sembuh mewakili 64.11% daripada jumlah keseluruhan kes positif. Malaysia masih mempunyai 35.04% kes aktif yang perlu dirawat.

#SelangorGempurCOVID19
#STFC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.