Media

COVID-19
22/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik Covid-19 Di Selangor bertarikh 22 Mei2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya kongsikan statistik COVID-19 Selangor bertarikh Jumaat, 22 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Kes baru meningkat dengan ketara hari ini berbanding semalam iaitu sebanyak 20 kes dan menjadikan jumlah keseluruhannya bertambah kepada 1,693 kes di Selangor.

Ingat, anda dilarang merentas negeri untuk beraya. Sekiranya terjadi jangkitan baru atau 'outbreak' disebabkan kluster raya, kita terpaksa 'berkurung' sepertimana kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Aktiviti ekonomi bakal tergendala lagi dan lebih ramai orang akan hidup susah.

Jangan jadi penyebab negara kita menjadi lebih susah.

Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.

#SelangorGempurCovid19
#STFC

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.