Media

COVID-19
21/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik Covid-19 Di Selangor bertarikh 21 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin kongsikan statistik COVID-19 Selangor setakat Khamis, 21 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)

Sebanyak 8 kes baru dilaporkan pada hari ini dan menjadikan kes keseluruhan di Selangor berjumlah sebanyak 1,673 kes.

Pihak STFC mendapati ada sebahagian warganegara yang degil dan cuba merentas negeri untuk balik beraya di kampung. Anda patut tahu perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab serta membuatkan pengorbanan warganegara yang berdisiplin itu menjadi sia-sia.

Jangan pentingkan diri sendiri dan berfikiran singkat, kes baru boleh naik semula kerana perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.

#SelangorGempurCovid19
#STFC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.