Media

COVID-19
9/7/20
Isu
Selangor
STFC19

Statistik COVID-19 di Kawasan Zon Merah dan Mukim Selangor bertarikh 9 Julai 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statstik COVID-19 di kawasan zon merah dan mukim sekitar Selangor bertarikh 9 Julai 2020.

Demografi zon kes aktif untuk hari ini sama seperti semalam. Data juga menunjukkan tiada jangkitan kes tempatan dilaporkan juga.

Amalkan norma baru tanpa sikap sambil lewa sehingga keadaan benar-benar selamat. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga telah menzahirkan rasa bimbang dan risau dengan keadaan semasa di mana baginda mendapati ramai di kalangan rakyat di Negeri Selangor khususnya yang semakin mengabaikan amalan-amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah penularan wabak berbahaya COVID-19.

Ambil ini sebagai peringatan tegas. Pastikan penjarakan fizikal, amalan kebersihan diri, memakai pelitup muka serta penggunaan SELangkah sudah menjadi kebiasaan baru bagi kita semua.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCOVID19‬
‪#STFC‬

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.