Media

COVID-19
25/3/20
Isu
Selangor

Statistik Bilangan Kes Covid-19 Di Selangor - 25 Mac 2020

Assaalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor ingin saya kongsikan dengan warga Selangor semua bilangan kes jangkitan  Covid-19 terkini di Selangor bertarikh 25 Mac 2020, jam 6 petang.

Terdapat 172 kes baharu dicatat, menyumbang kepada jumlah keseluruhan sebanyak 1796 kes.

Dengan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB Perdana Menteri hari ini, marilah kita menyambut seruan beliau dan terus memerangi wabak Covid-19 dengan mengasingkan diri di rumah.

Saya dan kami semua di pejabat YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berpesan agar warga Selangor lebih berhati-hati dalam mengendalikan kehidupan seharian.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.