Inisiatif

Peristiwa
21/3/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1447H DYMM Sultan Selangor bersama rakyat

Pagi 1 Syawal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah.

Aidilfitri hadir setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan, mendidik jiwa dengan sabar, disiplin dan keinsafan. Pada pagi yang mulia ini, takbir dan tahmid bergema sebagai tanda syukur atas nikmat menyempurnakan ibadah puasa serta kesempatan kembali meraikan fitrah.

Marilah kita menjadikan Syawal ini sebagai permulaan baharu untuk terus meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT, melaksanakan segala perintah Nya, menjauhi larangan Nya, dan menghayati ajaran Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.

Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.