Inisiatif

Peristiwa
30/8/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Subuh & Kuliah di Masjid Al-Shariff, Kampung Simpang Tiga, Gombak

Alhamdulillah, saya memulakan jadual padat dari Subuh hingga Ambang Merdeka pada jam 12 malam nanti dengan Solat Subuh berjemaah di Masjid As-Sharif, Kampung Simpang Tiga, Gombak.

Usai solat, kami mengikuti kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Syukur Zainul Abidin dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Antara kisah yang dikongsikan ialah mengenai rintihan Al-Hannanah, kisah sebatang batang kurma yang menangis kerana kerinduannya kepada Rasulullah SAW.

Mungkin kita tidak berpeluang mendakap Nabi Muhammad SAW seperti mana batang kurma itu merindui Baginda. Namun, kita masih berpeluang menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah dengan mengikuti sunnah Baginda serta memperbanyakkan selawat setiap hari.

Dalam suasana santai tetapi penuh penghayatan, Ustaz Abdul Syukur mengajak kita untuk terus mempergiatkan ingatan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, lebih-lebih lagi bersempena bulan kelahiran Baginda.

Kuliah Subuh pagi ini kemudiannya diakhiri dengan alunan selawat dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Semoga rasa cinta dan rindu kepada Baginda sentiasa hidup dalam hati kita serta diterjemahkan melalui akhlak dan amalan seharian.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.