Solat Jumaat & Kenduri Rakyat Masjid Gombak Utara
Tengah hari ini di Gombak, saya menunaikan solat Jumaat bersama kariah di Masjid Gombak Utara, Batu 8, Gombak.
Khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Kebersihan Identiti Seorang Mukmin” mengingatkan kita tentang peri pentingnya kebersihan dalam kehidupan seharian. Kebersihan bukan sekadar yang dizahirkan pada penampilan dan persekitaran, tetapi turut merangkumi kebersihan hati, niat dan nurani yang suci.
Alhamdulillah, saya juga berkesempatan menikmati jamuan yang disediakan untuk para jemaah selepas solat Jumaat.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam setiap perbuatan, serta sentiasa menitikberatkan soal kebersihan bukan sahaja di rumah, malah di mana jua kita berada.







No items found.



