Inisiatif

Peristiwa
6/3/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Jumaat DYMM Sultan Selangor bersama Rakyat di Masjid Kampung Baru

Seperti kelaziman Ramadan setiap tahun, DYMM Sultan Selangor akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

Khutbah pada hari ini bertajuk “Nuzul al-Quran Dihayati, Kalamullah di Hati”, mengingatkan kita bahawa al-Quran merupakan mukjizat agung yang menjadi panduan utama dalam kehidupan setiap Muslim. Kandungannya bebas daripada keraguan, memimpin manusia keluar daripada kesesatan, serta menjadi pembeza yang jelas antara yang hak dan yang batil.

Semoga peringatan melalui khutbah ini menguatkan lagi azam kita untuk terus mendekatkan diri kepada al-Quran, memperbanyakkan ibadah serta menggandakan amal jariah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.