Inisiatif

Peristiwa
31/7/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Jumaat di Masjid Qariah Kampung Sawah Sanggala

Sebelum meneruskan siri kempen Pilihan Raya Negeri, saya berkesempatan singgah menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Qariah Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson. Alhamdulillah, dapat bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dan bertemu masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah.

Khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Menghargai Nikmat, Menjauhi Kerosakan”, yang mengingatkan kita bahawa kesejahteraan hidup hanya dapat dipelihara apabila kita mentaati segala perintah Allah SWT, menjauhi segala larangan-Nya serta membudayakan amalan ihsan dalam setiap aspek kehidupan.

Tuntutan ini perlu diterjemahkan mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing, sama ada sebagai pemimpin, pentadbir, ketua keluarga mahupun anggota masyarakat.

Semoga kita semua terus dikurniakan rahmat, hidayah dan keberkatan Allah SWT pada penghulu segala hari ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.