Inisiatif

Peristiwa
21/3/25
Isu
Selangor
Negara

Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Telah menjadi rutin pada setiap tahun DYMM Tuanku berangkat untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru ini. Turut serta Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Johari Ghani.

Usai solat Jumaat, Baginda mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah di masjid berkenaan. Baginda turut meluangkan masa bertukar pandangan dengan pihak pengurusan masjid demi kebaikan umat Islam dan Negeri Selangor.

#KitaSelangor

#Ramadan

#KualaLumpur

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.