Inisiatif

Peristiwa
4/3/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Isyak & Tarawih di Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana

Saya menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana, Sungai Tua.

Alhamdulillah, usai Solat Isyak saya bersama para jemaah menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan yang disusuli khutbah bertajuk “Menyingkap Keagungan Ilahi”. Fenomena gerhana bulan ini menjadi peringatan tentang kebesaran dan keagungan Allah SWT yang mengatur seluruh kejadian di langit dan di bumi. Sesudah itu, kami meneruskan dengan Solat Tarawih sebelum menikmati moreh yang disediakan, antaranya roti puri kuah sardin dan mee kari.

Terima kasih atas undangan dan saya merakamkan penghargaan kepada pengurusan Surau Al-Karimiah yang aktif mengadakan program untuk kariah setempat. Semoga Ramadan ini membawa berkat, ketenangan dan keamanan untuk kita semua, insya-Allah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.