Inisiatif

Peristiwa
22/2/26
Isu
Selangor
Negara

Solat Isyak & Tarawih di Masjid Sungai Chinchin

Saya menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Sungai Chinchin, Gombak Setia.

Alhamdulillah, usai solat Isyak saya bersama para jemaah mengikuti kuliah ringkas oleh Imam Masjid Sungai Chinchin bertajuk “Perkara perkara yang membatalkan puasa”. Peringatan ini amat penting agar ibadah puasa kita sepanjang bulan Ramadan terpelihara dan lebih bermakna.

Selesai Tarawih, saya mengambil kesempatan menziarahi makam pengasas Kampung Sungai Chinchin, Syeikh Muhammad Nur bin Naim Abdullah Al Khalidi, tokoh agamawan dan pendakwah yang telah menyuburkan tradisi pengajian Islam di kawasan ini hingga ke hari ini.

Semoga Ramadan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT, insya-Allah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.