Situasi banjir di Selangor
Kerajaan Negeri terus memantau rapat situasi banjir di Selangor. Setakat 29 November 2025, seramai 4,463 mangsa ditempatkan di 33 PPS di lima daerah. Operasi mencari mangsa hilang di Sepang juga giat dijalankan dengan sokongan bot tambahan UPBN.
Bagi mempercepat pemulihan, 4 pam air telah dipasang di Kuala Selangor dan 6 lagi akan dipasang esok. Cuti semua pegawai dibekukan sehingga 15 Disember 2025, manakala 5,000 sukarelawan bersiap sedia membantu kerja pembersihan sebaik banjir surut.




No items found.



