Singgah Syawal Loji Rawatan Air North Hummock
Saya singgah di Loji Rawatan Air (LRA) North Hummock dalam siri jelajah Singgah Syawal saya malam semalam. Saya menyantuni petugas-petugas Air Selangor yang menjaga keselamatan dan kelangsungan bekalan air di Lembah Klang.
LRA berfungsi merawat air mentah daripada sungai atau empangan menjadi air bersih yang selamat untuk kegunaan harian. Ia meningkatkan rizab bekalan, memastikan agihan air yang mampan dan adil, terutamanya semasa musim kemarau, serta menampung permintaan air yang meningkat pada musim perayaan.
Sebagai menghargai pengorbanan wira-wira tidak didendang ini, saya menyampaikan sedikit juadah raya kepada mereka semua.
Salam lebaran dari LRA North Hummock.





No items found.



