Inisiatif

Peristiwa
28/2/26
Isu
Selangor
Negara

Singgah Bazar & Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Singgah ke Bazar Ramadan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi petang tadi untuk bersama-sama memeriahkan Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor serta menyantuni para peniaga dan pengunjung yang tidak putus-putus hadir sejak awal petang.

Sebanyak 1,000 bekas Bubur Lambuk Rumpun Selangor telah diagihkan kepada orang ramai, selain sumbangan kurma serta 6,000 kupon digital PLATS hasil kerjasama Ahli Majlis MPKJ dan Yayasan MBI sebagai usaha memperkasa ekonomi setempat serta menggalakkan penggunaan platform digital dalam kalangan peniaga kecil.

Inisiatif ini bukan sekadar mengimarahkan Ramadan, malah menjadi medan memperkukuh ukhuwah antara pimpinan, peniaga dan masyarakat. Alhamdulillah, gembira dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak kecil, dengan memberi duit raya kepada mereka. Bazar Ramadan seperti ini sentiasa menjadi nadi komuniti bukan sahaja tempat mendapatkan juadah berbuka, tetapi ruang pertemuan dan kebersamaan rakyat.

Terima kasih juga kepada Agrobank atas kerjasama dalam menjayakan Bazar Ramadan ini. Semoga segala usaha ini memberi makna besar kepada masyarakat Bangi dan sekitarnya.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.